Kempen Klik dengan Bijak (Buli Siber)

7 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu 6 November 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah membuat satu sesi perkongsian santai secara lansung di Facebook page PIK PPR Batu Gong menerusi platform streamyard. Sesi perkongsian pada kali ini adalah berkaitan dengan kempen klik dengan bijak iaitu buli siber. Aktiviti berlansung selama 30 minit yang bermula pada pukul 2.30 petang. Buli siber merupakan perkara-perkara bertulis atau dalam bentuk gambar yang dipaparkan di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain. Objektif aktiviti adalah untuk memberi pendedahan secara berterusan kepada warga maya berkaitan dengan cara mengenali dan mengendalikan tingkah laku buli siber. Selain itu, peserta yang mengikuti aktiviti juga ditayangkan dengan klip pendek yang berkaitan dengan buli siber. Perkongsian ini diharapkan dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada warga maya dalam mengenalpasti dan mengendalikan masalah buli siber jika ia berlaku pada diri sendiri dan orang lain tidak kira sesiapa mereka.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali