Perkongsian e-Learning (Memohon dan Mengemaskini BPR 2021)
23 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu 6 February 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Aktiviti Perkongsian e-Learning (Memohon dan Mengemaskini BPR 2021 menggunakan aplikasi Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Aktiviti berlansung selama 30 minit. Objektif Aktiviti adalah untuk berkongsi kepada komuniti terutamanya kepada golongan yang layak untuk menerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021, rakan-rakan FB PIK PPR Batu Gong berkaitan dengan cara memohon dan mengemaskini BPR 2021. Peserta telah di terangkan dengan informasi seperti syarat kelayakan, tempoh permohonan, cara memohon, nilai bantuan serta dokumen yang diperlukan.
Selain itu, para peserta juga telah dijelaskan secara terperinci tentang cara memohon dan kemas kini data BPR secara atas talian dengan memberi contoh langkah-langkah mengisi maklumat menggunakan gambar. Tambahan pula, peserta juga didedahkan dengan 3 kategori permohonan yang perlu dilengkapkan seperti permohonan, pengesahan dan hantar. Kesimpulannya, kelas ini diharapkan dapat mendedahkan peserta khususnya komuniti sekitar PPR Batu Gong dan pengguna laman sosial facebook tentang cara-cara melakukan permohonan mahupun kemas kini BPR secara atas talian. Aktiviti ini telah mendapat 52 reach post, 23 engagement, 30 jumlah tontonan serta 9 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada Bantuan Prihatin Rakyat.
- Perkongsian tentang informasi yang diperlukan tentang BPR.
- Pendedahah tentang langkah-langkah mengisi data dalam BPR.
- Bersurai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: