Kelas Microsoft Excel (Membina Jadual Perkembangan Projek)

8 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat 07 May 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas Microsoft Excel secara individu iaitu membina jadual perkembangan projek. Kelas berlansung selama sejam dari pukul 14:00 petang hingga 15:00 petang itu telah dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah yang ingin mengetahui cara menghasilkan jadual perkembangan projek menggunakan Microsoft Excel. Dalam kelas, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai jenis jadual yang boleh dihasilkan melalui Microsoft Excel seperti graf jadual berkembar,graf jadual bar, carta pai dan sebagainya. Selain itu, peserta juga dibawa untuk mengenali jenis jadual tersebut menggunakan carian google untuk memberi gambaran awal jadual yang hendak dihasilkan. Seterusnya, penyelia berkongsi cara penghasilan jadual tersebut menggunakan Microsoft Excel. Dalam masa sama, peserta diajar cara memanfaatkan butang dan fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Excel untuk menghasilkan jadual yang menarik dan mudah difahami. Peserta telah ditunjukkan cara memanfaatkan bentuk, warna, tulisan dan reka bentuk serta reka letak bagi menambahkan kreativiti pada paparan jadual yang dihasilkan.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali