PC Klik 1.0 (Teknologi dan Kita)
8 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada Ahad 7 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Program PC Klik 1.0 yang bertemakan Teknologi dan Kita. Objektif program adalah untuk berkongsi kepada komuniti terutamanya kepada pelajar sekolah rendah dan menengah berkaitan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran atas talian dengan memperkenalkan Whatsapp Web bagi memudahkan proses pembelajaran semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Kelas dimulakan dengan mendedahkan penggunaan akaun gmail untuk pembelajaran secara dalam talian. Seterusnya, pelajar diperkenalkan dengan aplikasi whatapps web menerusi carian google di internet. Peserta diajar untuk menyambungkan peranti telefon bimbit ke komputer menggunakan kaedah mengimban kod di paparan whatapps web. Setelah bersambung, peserta diajar untuk menekan url link yang disediakan oleh pihak guru bagi mengakses ke dalam google classroom bagi mendapatkan nota serta latihan yang dimuatnaik di platform berkenaan. Selain itu, dalam kelas ini juga para peserta telah diajar cara memanfaatkan Whatsapp Group Video Call bagi tujuan perbincangan atau pembelajaran secara berkumpulan atas talian.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pendedahan kepada akaun google mail.
- Pengenalan kepada E-Learning (Whatsapp Web).
- Penerangan tentang penggunaan Whatsapp Web.
- Manfaat dan penggunaan group video call
- Bersurai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: