Tutorial Mendaftar eCCRIS dan Memperolehi Laporan Kredit CCRIS secara dalam Talian
7 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada Selasa 6 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Aktiviti Perkongsian Tutorial Mendaftar eCCRIS dan Memperolehi Laporan Kredit CCRIS secara dalam Talian menggunakan aplikasi Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Aktiviti berlansung selama 1 jam yang bermula pada pukul 3 petang. Objektif Program adalah untuk berkongsi kepada komuniti berkaitan kegunaan Laporan Kredit CCRIS dan cara mendaftar eCCRIS secara dalam talian. Memandangkan pergerakan yang terhad semasa perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, Bank Negara Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan platform telelink untuk orang ramai yang hendak mendapatkan laporan CCRIS sekali gus mendaftarkan mereka untuk menjadi pengguna di platform CCRIS secara dalam talian. Oleh yang demikian, Pusat Internet PPR Batu Gong juga mengambil kesempatan untuk mewar-warkan inisiatif tersebut kepada orang ramai melalui saluran Facebook mereka. Aktiviti ini telah mendapat 21 reach post, 19 engagement, 20 jumlah tontonan serta 7 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program:
- Peserta mengetahui inisiatif permohonan laporan CCRIS secara dalam talian.
- Peserta mengetahui cara memohon untuk pendaftaran eCCRIS.
- Peserta didedahkan dengan kepentingan laporan CCRIS.
- Peserta dikongsi dengan dokumen yang perlu disediakan untuk proses permohonan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: