Bual Bicara Hala Tuju Pelajar SPM

28 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong mengadakan Program Bual Bicara secara atas talian menggunakan aplikasi google meet. Aktiviti ini dibuat dengan kerjasama dengan lima buah Pusat Internet Komuniti lain iaitu Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak,Pusat Internet Komuniti PPR Taman Malihah,Pusat Internet Komuniti PPR Taman Dahlia,Pusat Internet Komuniti Bawang Assan dan Pusat Internet Kg Tebelu.

Program Bual Bicara 2021 ini bertajuk Hala Tuju Pelajar SPM bersama penceramah jemputan Azmil Bin Sulaiman yang bekerja sebagai Eksekutif Institusi Kewangan. Bual Bicara ini mengupas topik cabaran bagi pelajar SPM semasa pandemik Covid-19,topik pendedahan mengenai menjadi seorang Usahawan, topik penggalakkan pelaburan,topik halatuju pendidikan lepasan SPM,topik pilihan kerjaya dan akhir sekali program pengajian yang perlu di ambil bagi lepasan SPM. Bual bicara ini juga turut disiarkan secara langsung di lama Facebook Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali