Bual Bicara Dilema Usahawan Dalam Situasi Pandemik

28 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong mengadakan Program Bual Bicara secara atas talian menggunakan aplikasi google meet. Aktiviti ini dibuat dengan kerjasama dengan lima buah Pusat Internet Komuniti lain iaitu Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak,Pusat Internet Komuniti PPR Taman Malihah,Pusat Internet Komuniti PPR Taman Dahlia,Pusat Internet Komuniti Bawang Assan dan Pusat Internet Kg Tebelu.Program Bual Bicara 2021 ini bertajuk Dilema Usahawan Dalam Situasi Pandemik Covid 19 bersama penceramah jemputan Prof.Madya Dr Jati Kasuma (Fakulti Pengurusan & Perniagaan UiTM Sarawak).

Bual Bicara ini mengupas topik mengenai sejarah pandemic di dunia,topik Covid-19 timeline di dunia,topik Covid-19 di Malaysia dan Sarawak,topik Analisis kajian Covid-19 ke atas individu dan firma di Malaysia,topik Kesan-kesan pandemik kepada individu masyarakat,topik dilema usahawan semasa pandemik dan akhir sekali topik menegnai teknologi dan keusahawan semasa pandemik. Bual bicara ini juga turut disiarkan secara langsung di lama Facebook Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali