Kelas Resume Interaktif Menggunakan Microsoft Word

30 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin 29 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas Resume Interaktif menggunakan Microsoft Word secara dalam Talian menggunakan aplikasi Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Aktiviti berlansung selama 1 jam yang bermula pada pukul 3 petang. Objektif Program adalah untuk berkongsi kepada komuniti berkaitan dengan idea penghasilan resume interaktif yang sesuai dengan kehendak industri dan mengikut trend semasa.

Tutorial ini dimulakan dengan menghasilkan latar belakang resume yang interaktif dengan bermain dengan fungsi bentuk di butang ribbon Microsoft Word. Seterusnya penyelia memasukkan gambar, jadual dan beberapa bentuk lain untuk menjadikan resume mempunyai ciri-ciri infografik yang mampu menonjolkan keistimewaan resume tersebut. Aktiviti ini telah mendapat 66 reach post, 18 engagement, 31 jumlah tontonan serta 10 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui Google Form.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali