Sembang Santai Belajar Bahasa Bidayuh Serian Dan Bahasa Iban
22 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada Isnin 21 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan aktiviti sembang santai belajar bahasa bidayuh dan bahasa iban bersama tetamu jemputan Pn. Laura yang merupakan pengurus, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu. Aktiviti ini disiarkan secara lansung di platform Facebook Page PIK PPR Batu Gong menggunakan aplikasi Streamyard selama sejam dari pukul 12.30 petang hingga 1.30 petang.
Objektif aktiviti adalah untuk mendedahkan dan memperkenalkan kepelbagaian etnik di sarawak dan bahasa ibunda yang mereka gunakan dalam pertuturan harian. Selain itu, sembang santai ini diselitkan dengan pengenalan kepada laman web borneodictionary.com kepada komuniti khususnya kepada peserta yang mengikuti sesi tersebut. Untuk pengetahuan borneodictionary.com adalah laman web kamus yang dibina untuk memudahkan orang ramai untuk menterjemah bahasa melayu kepada bahasa etnik lain yang terdapat di Sarawak sekali gus dapat mempelajari bahasa dari etnik lain. Dalam masa sama, perbincangan dilakukan oleh kedua panel dengan menerangkan maksud, mekanisma penggunaan dan contoh sesuatu bahasa yang dipilih sebagai penerangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: