Sembang Santai Cabaran Industri Fotografi Semasa Pandemik Covid-19

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada sabtu 26 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan aktiviti sembang santai cabaran industri fotografi semasa pandemik Covid-19 bersama tetamu jemputan En. Childsen Ken yang merupakan pengasas kepada Childsen Photo Cinema Artwork. Aktiviti ini disiarkan secara lansung di platform Facebook Page PIK PPR Batu Gong menggunakan aplikasi Streamyard bersama rakan kolaborasi lain dari PIK Engkelili dan PIK Lubok Antu.

Objektif aktiviti adalah untuk mengupas dan mengetahui cabaran yang dilalui oleh seorang usahawan yang menceburi bidang fotografi sebagai sumber rezeki tatkala Pandemik Covid-19 telah melumpuhkan sistem ekonomi negara bahkan didunia. Selain itu, tetamu jemputan juga diminta untuk berkongsi cara beliau mengatasi cabaran tersebut sekali gus menukar cabaran yang dihadapi kepada peluang yang boleh dimanfaatkan di masa krisis ini. Dalam masa sama, sembang santai ini diselitkan juga dengan slot mempromosikan usahawan tersebut sebagai platform untuk membantu beliau terus bergiat aktif dalam bidang yang diceburinya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali