Kelas Bimbingan Individu Tahap 5
6 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu - 5 November 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas bimbingan individu tahap 5 kepada seorang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 10.00 pagi hinggan 12.00 tengah hari. Objektif kelas adalah untuk membuat ulangkaji matapelajaran asas di tahap 5 di sekolah rendah seperti matapelajaran bahasa melayu, bahasa english, matematik dan sains. Proses ulangkaji dilakukan secara interaktif dan menggunakan platform secara dalam talian sepenuhnya. Setelah mengulangkaji matapelajaran teras tersebut, pelajar disarankan untuk menduduki kuiz pertandingan school & public online test (SPOT) untuk sekolah rendah yang dianjurkan oleh SIM Education Group. Kuiz memperuntukan peserta untuk menjawab sebanyak 100 soalan yang terdiri daripada matapelajaran teras dalam masa 1 jam 30 minit. Diharapakan perkongsian daripada kelas bimbingan ini dapat memberi manfaat kepada peserta.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta dapat mengulangkaji matapelajaran teras secara interaktif.
- Peserta mampu memahami konsep dan menyelesaikan soalan SPOT dengan bantuan pengajaran yang digital dan interaktif.
- Peserta berjaya menjawab soalan kuiz SPOT dalam masa yang ditetapkan.
- Peserta berjaya memperolehi markah yang memberansangkan dan mendapat sijil yang dapat dijadikan markah tambahan untuk kegiatan kokurikulum luar sekolah
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: