Sembang-Sembang ASNB: Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah Warisan Pelaburan Untuk Yang Tersayang

12 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Program ini dibuat melibatkan beberapa orang warga kerja Pusat Ekonomi Digital Zon Sarawak dan peserta luar. Program ini dijalankan atas talian sahaja. Program ini bermula pada jam 230 petang dan berakhir pada jam 430 petang.

Program anjuran bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Pusat Ekonomi Digital Zon Sarawak bertujuan dan bermatlamat bagi mendedahkan kepada masyarakat amnya mengenai pentingnya membuat hibah dan pengisytiharan amanah kepada pemilik aset atau pemilik harta supaya tidak memberi kemudaratan kepada pewaris pada generasi yang seterusnya khasnya melibatkan ahli keluarga. Jika ia tidak dilakukan, bukan sahaja melibatkan konflik sesama ahli keluarga bahkan juga tempoh masa tuntutan yang diambil sangat lama.

Kelebihan program ini ialah bagi memberi kesedaran kepada pemilik harta atau aset betapa pentingnya membuat hibah dan pengisytiharan amanah dengan ASNB. Ini kerana apabila pemilik harta atau aset sudah pun meninggal dunia, pewaris harta pada generasi yang seterusnya tidak akan mengalami kesukaran untuk membuat segala tuntutan dan tempoh masa yang diambil bagi menuntutnya agak singkat. Bukan itu sahaja, konflik sesama ahli keluarga terdekat tidak akan berlaku

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali