Program Pengenalan Asas ICT Siri 04.2022

12 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 11 June 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan Program Pengenalan Asas ICT siri 4.2022 yang berobjektif untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft Publisher dalam menghasilkan tugasan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh lapan (8) orang peserta yang terdiri daripada belia yang menetap di PPR Batu Gong. Program merupakan hasil kerjasama KRT dan PEDi PPR Batu Gong bagi membantu para belia meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Terlebih dahulu peserta didedahkan dengan beberapa elemen asas yang terdapat di Ms. Publisher seperti tab ribbon, guidelines ruler dan backstages view. Seterusnya, para peserta dikongsikan dengan cara menentukan kedudukan dan jarak antara sesuatu teks dan bentuk dengan menggunakan guidelines ruler yang terdapat pada publisher. Para peserta juga telah diajarkan dengan 3 asas mengoperasikan publisher seperti memasukkan dan mengubahsuai format teks, bentuk serta gambar. Dalam masa sama, mereka dibawa untuk menghasilkan poster perniagaan yang telah disediakan sebagai latihan kepada mereka agar apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam bentuk penghasilan sesuatu tugasan menggunakan Ms. Publisher.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali