Program Transformasi Kepimpinan Digital
12 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada Ahad – 11 Disember 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan program transformasi kepimpinan digital dengan kerjasama pihak Pertubuhan Penggalak Kebersamaan Masyarakat BONDNEO HOPE. Program dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada AJKK KRT berkaitan dengan pengurusan kewangan secara digital. Program telah berlansung selama 3 jam dari pukul 9.00 pagi hinggan 12.00 tengah hari yang dihadiri oleh sembilan (9) orang peserta yang merupakan komuniti di PPR Batu Gong. Terlebih dahulu, peserta didedahkan dengan kelebihan dan kebaikan menguruskan kewangan secara digital. Untuk sesi seterusnya, peserta disarankan untuk memuat turun aplikasi bigpay untuk tujuan pembelajaran. Setelah itu, peserta dibimbing untuk melakukan tetapan pada akaun mereka. Setelah berjaya, peserta dikongsi dengan beberapa kaedah untuk menggunakan bigpay sebagai aplikasi untuk menguruskan kewangan khususnya perbelanjaan KRT di PPR Batu Gong.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta memahami kepentingan dan kelebihan menggunakan sistem pengurusan kewangan digital.
- Peserta mampu mengoperasikan aplikasi bigpay dengan sempurna.
- Peserta mengetahui fungsi setiap butang yang terdapat di aplikasi bigpay.
- Platform bigpay dapat digunakan untuk menguruskan kewangan khususnya perbelanjaan KRT di PPR Batu Gong Park.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: