Kelas Penghasilan Resume Menggunakan Canva
10 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu - 09 Jun 2022, PEDi PPR Batu Gong telah melaksanakan Kelas penghasilan resume menggunakan aplikasi secara dalam talian canva. Objektif kelas adalah untuk mendedahkan kepada peserta berkaitan aplikasi secara dalam talian yang bermanfaat digunakan untuk menghasilkan resume yang interaktif. Kelas berlansung selama 2 jam dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan dihadiri oleh tiga orang peserta yang merupakan pelajar kursus jahitan di Giatmara Mambong. Terlebih dahulu peserta didedahkan dengan beberapa templete resume yang terdapat di aplikasi canva. Setelah memilih templete yang hendak digunakan, peserta dibimbing untuk mengedit templete tersebut dengan memasukkan maklumat dan pencapaian diri sendiri. Setelah selesai, peserta diajak untuk memasukkan ikon tambahan bagi mewakili sesuatu perkataan. Contoh ikon yang digunakan adalah seperti ikon whatapp, ikon alamat, ikon beg yang mewakili pengalaman kerja dan sebagainya. Untuk memastikan resume kelihatan interaktif, peserta diajak untuk menyesuaikan pilihan warna dengan jenis tulisan yang digunakan. Akhir sekali, mereka diberikan tips untuk menyenaraikan kemahiran dan kelebihan diri menggunakan bentuk carta pai dan simbol agar nampak lebih menarik.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan canva dalam proses penyuntingan resume.
- Peserta dikongsi dengan cara untuk menyesuaikan pilihan warna dengan jenis tulisan yang digunakan.
- Peserta dibimbing untuk menyunting resume dengan memasukkan elemen interaktif dan informatif seperti penggunaan jadual, carta pai, ikon dan hiasan latar supaya resume yang dihasilkan nampak menarik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: