Program Pengenalan Asas ICT Siri 01.2022
24 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu - 14 May 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan Program Pengenalan Asas ICT yang berobjektif untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft word dalam menghasilkan tugasan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh sepuluh (10) orang peserta yang terdiri daripada belia yang menetap di PPR Batu Gong. Program merupakan hasil kerjasama KRT dan PEDi PPR Batu Gong bagi membantu para belia meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Terlebih dahulu, peserta dikongsi dengan advokasi klik dengan bijak iaitu penyantunan dalam talian. Seterusnya peserta dikenalkan dengan beberapa elemen yang terdapat di Ms. word seperti tab ribbon yang digunakan untuk mengoperasikan power point, quick access tools yang digunakan untuk membuat semula dan menjadikan dokumen yang telah dikemaskini menjadi asal serta menyimpan dokumen yang dikemaskini. Para peserta juga telah diajarkan asas teks dan format teks, memasukkan gambar dan mengedit gambar, memasukkan carta serta smart arts di Ms. word. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan fungsi pencarian gambar menggunakan google chrome. Sebagai tugasan akhir, peserta dibimbing secara praktikal untuk menghasilkan dokumen menggunakan Ms. Word dan menyimpan dokumen tersebut dalam bentuk doc. dan pdf.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan Microsoft Word dengan baik
- Peserta mengetahui asas pengoperasian Microsoft Word
- Peserta dikongsi dengan cara untuk mencari dan menyimpan gambar dengan betul menggunakan fungsi carian google
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan tugasan secara praktikal menggunakan Microsoft Word
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: