Advokasi Klik dengan Bijak (Online Scam)
18 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada isnin 17 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong telah melaksanakan perkongsian advokasi klik dengan bijak iaitu online scam secara lansung di laman rasmi facebook page PEDi PPR Batu Gong menggunakan aplikasi streamyard. Objektif perkongsian adalah untuk berkongsi kepada umum khususnya para pengikut laman rasmi facebook page PEDi PPR Batu Gong tentang kesedaran untuk sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan kewangan (online scam) secara dalam talian. Peserta yang mengikuti siaran lansung telah didedahkan dengan jenis-jenis penipuan dalam talian dan modus operandi yang digunakan untuk menipu mangsa. Selain itu, mereka juga dikongsi dengan cara atau tindakan yang perlu diambil jika mereka berhadapan dengan situasi berkenaan. Tambahan lagi, penyelia juga berkongsi dengan umum berkaitan laman web rasmi jabatan siasatan jenayah komersil untuk menyemak nombor akaun yang didaftarkan sebagai “scammer” bagi memastikan orang awam tidak membuat transaksi yang mencurigakan.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program
1. Peserta mengetahui jenis - jenis penipuan kewangan secara dalam talian.
2. Peserta mampu mengenalpasti modus operandi yang digunakan oleh saspek berdasarkan penerangan contoh scam yang diberikan.
3. Peserta sedar akan kepentingan kawal selia kendiri dalam menghadapi situasi tersebut.
4. Peserta mampu menyemak nombor akaun seseorang sebelum melakukan transaksi pemindahan wang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: