Tutorial Permohonan Geran Pendaftaran Cap Dagangan

19 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada selasa 18 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong telah melaksanakan perkongsian tutorial permohonan geran pendaftaran cap dagangan secara lansung di laman rasmi facebook page PEDi PPR Batu Gong menggunakan aplikasi OBS. Objektif perkongsian adalah untuk berkongsi kepada umum khususnya para pengikut laman rasmi facebook page PEDi PPR Batu Gong tentang kewujudan program dana IP 2.0. Dana IP 2.0 merupakan geran pembiayaan pemfailan harta intelek yang disediakan oleh kerajaan untuk menggalakkan inovasi dan menggalakkan pemfailan harta intelek dalam kalangan masyarakat malaysia. Selain itu, dana ini juga bertujuan untuk meningkatkan daya saing usahawan tempatan dengan memberikan perlindungan harta intelek seterusnya meransangkan ekonomi negara. Tutorial ini merangkumi penerangan kriteria permohonan yang layak, pendedahan kepada contoh untuk mengisi borang permohonan, memuatnaik dokumen tambahan yang diperlukan di googe form yang disediakan dan meneliti serta menyediakan penerangan yang berkaitan untuk sesuatu cap dagangan yang hendak didaftarkan.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program
1. Peserta mengetahui akan Dana IP 2.0
2. Peserta mampu mengenalpasti kriteria yang ditetapkan untuk membolehkan seseorang itu memohon
3. Peserta tahu cara untuk mencari penerangan berkaitan cap dagangan yang hendak didaftarkan.
4. Peserta mampu mengisi google form yang disediakan untuk proses penelitian dan pendaftaran cap dagangan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali