Program Latihan Pengendalian Makanan

30 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 29 Oktober 2022, PEDi Batu Gong telah menganjurkan program latihan pengendalian makanan dengan kerjasama pihak NZ Bunga Venture sebagai penceramah yang bertauliah dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti khususnya peniaga dan usahawan makanan agar menitikberatkan kepentingan kebersihan makanan dan tatacara pengendalian makanan yang betul. Program yang berlansung selama 3 jam itu bermula pada 09:30am hingga 12:30pm. Program telah disertai seramai lapan (8) orang peserta yang terdiri dari komuniti setempat. Semasa program berlansung, peserta terlebih dahulu diuji dengan menjawab kuiz sebelum program dan selepas program untuk mengukur tahap pemahaman mereka dalam proses pengendalian makanan. Pelbagai maklumat dan pengetahuan telah disampaikan oleh penceramah bagi memantapkan pengetahuan peserta dalam bidang pengendalian makanan. Selain itu, petugas pedi mengambil kesempatan untuk menerangkan konsep PEDi dan fungsinya kepada komuniti seterusnya memberikan sedikit advokasi klik dengan bijak.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali