Kelas Pemerkasaan ICT (Ms. Publisher)
19 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu - 18 Jun 2022, PEDi PPR Batu Gong telah melaksanakan Kelas Pemerkasaan ICT (Ms. Publisher) yang berobjektif untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft Publisher dalam menghasilkan tugasan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh lapan (8) orang peserta yang terdiri daripada belia yang menetap di PPR Batu Gong. Kelas merupakan hasil kerjasama KRT dan PEDi PPR Batu Gong bagi membantu para belia meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Terlebih dahulu peserta didedahkan dengan beberapa elemen asas yang terdapat di Ms. Publisher seperti tab ribbon, quick access tools dan backstages view. Seterusnya, para peserta dikongsikan dengan fungsi ruler dan guideline yang terdapat di Ms. Publisher. Para peserta juga telah diajarkan dengan 3 asas mengoperasikan publisher seperti memasukkan dan mengubahsuai format teks, bentuk serta gambar. Dalam masa sama, mereka dibawa untuk menghasilkan poster perniagaan yang telah disediakan sebagai latihan kepada mereka agar apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam bentuk penghasilan sesuatu tugasan menggunakan Ms. Publisher.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan Microsoft Publisher dengan baik.
- Peserta mengetahui asas pengoperasian Microsoft Publisher.
- Peserta dikongsi dengan cara untuk menentukan kedudukan dan jarak antara sesuatu teks dan bentuk dengan menggunakan guidelines ruler .
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan beberapa latihan berasaskan pubisher secara praktikal menggunakan perisian tersebut
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: