Video Advokasi (kata Laluan Kukuh)

16 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 15 Februari 2022, PEDi Batu Gong telah menghasilkan satu video advokasi Klik Dengan Bijak iaitu kata laluan kukuh. Video advokasi ini boleh ditonton secara atas talian di Facebook Page rasmi PEDi PPR Batu Gong. Objektif penghasilan video pendek ini adalah untuk memberi pendedahan secara berterusan kepada komuniti tentang fungsi dan manfaat mempunyai kata laluan yang kukuh. Kata laluan kukuh merupakan identiti pengenalan diri kita sebagai pemegang akaun dalam talian yang perlu disertakan sebagai keselamatan sebelum berjaya log masuk ke mana-mana platform secara atas talian seperti sistem kerajaan, e-commerce, aplikasi media sosial dan sebagainya. Video tersebut dimuatnaik pada jam 16:00 petang. Dalam masa sama, komuniti didedahkan dengan tips membuat kata laluan kukuh yang boleh disemak melalui aplikasi dalam talian seperti https://howsecureismypassword.net/ dan passwordmeter untuk menilai tahap kekuatan sesuatu kata laluan yang dihasilkan.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali