Program Pengenalan Asas ICT Siri 02.2022

22 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 21 May 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan Program Pengenalan Asas ICT siri 2.2022 yang berobjektif untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft power. point dalam menghasilkan tugasan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh sepuluh (10) orang peserta yang terdiri daripada belia yang menetap di PPR Batu Gong. Program merupakan hasil kerjasama KRT dan PEDi PPR Batu Gong bagi membantu para belia meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Terlebih dahulu peserta didedahkan dengan beberapa elemen yang terdapat di Ms. Power Point seperti tab ribbon yang digunakan untuk mengoperasikan power point, quick access tools yang digunakan untuk membuat semula dan menjadikan dokumen yang telah dikemaskini menjadi asal serta menyimpan dokumen yang dikemaskini. Para peserta juga telah diajarkan asas teks dan format teks, memasukkan gambar dan mengedit gambar, memasukkan graf berkembar dan word art. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan fungsi transisi dan animasi yang terdapat di power point. Sebagai tugasan akhir, peserta dibimbing secara praktikal untuk menghasilkan satu pembentangan yang interaktif menggunakan Ms. Power point

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali