Kelas Pemerkasaan ICT (Microsoft Word)
23 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada Ahad - 22 May 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas pemerkasaan ICT Siri 1 Kumpulan 2 yang berobjektif untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft Word dalam menghasilkan tugasan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh sepuluh (10) orang peserta. Terlebih dahulu, peserta didedahkan dengan beberapa elemen yang terdapat di Ms. Word seperti tab ribbon yang digunakan untuk mengoperasikan word, quick access tools dan backstage view bagi proses menyimpan dokumen yang telah siap. Para peserta juga telah diajarkan asas teks dan format teks. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan cara untuk memasukkan gambar ke dalam word dan mengedit ganbar tersebut. Dalam masa sama, mereka diperkenalkan cara untuk membuat jadual dan memasukkan maklumat berasaskan graf ke dalam word supaya mudah difahami oleh pembaca.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan microsoft word.
- Peserta mengetahui asas pengoperasian Microsoft Word
- Peserta dikongsi dengan cara untuk mencari dan menyimpan gambar dengan betul menggunakan fungsi carian google
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan tugasan secara praktikal menggunakan Microsoft Word
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: