Train the Trainer (TTT) Autocrat (e-Sijil)
25 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu & Ahad – 23 & 24 Julai 2022, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Batu Gong telah menghadiri sesi latihan train the trainer (TTT) Autocrat (e-sijil) yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Nera Malaysia Sdn Bhd melalui aplikasi dalam talian google meet. Latihan ini telah disampaikan oleh En. Anwar Maso’od dari PEDi Semenyih. Objektif utama latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada Staf Pusat Ekonomi Digital tentang salah satu extension menarik yang terdapat di Google Docs iaitu Autocrat. Autocrat merupakan alat penggabungan dokumen atau merge tools pelbagai guna yang membolehkan pengguna untuk mengambil data dari hamparan dan menggabungkannya menjadi dokumen melalui templete yang telah disediakan atau ditetapkan. Pada sesi latihan tersebut, peserta telah dikongsi fungsi autocrat untuk menghasilkan sijil.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta menguasai kemahiran menggunakan extension Autocrat dalam Google Docs untuk menghasilkan sijil.
- Peserta mengetahui kemahiran asas untuk menggabungkan dokumen menggunakan Autocrat.
- Peserta dikongsi dengan cara mengoperasikan extension Autocrat.
- Bimbingan dan latihan secara hands-on untuk membuat tetapan extension Autocrat sehingga dapat menghasilkan sijil yang dijana secara automatik secara dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: