Asas Perniagaan Digital
26 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada isnin 25 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong telah melaksanakan program perkongsian untuk slot keusahawanan iaitu asas perniagaan digital dengan kerjasama dari PEDi Lubok Antu dan PEDi Engkelili secara langsung di Facebook Page rasmi PEDi PPR Batu Gong menggunakan aplikasi streamyard. Objektif program perkongsian ini adalah untuk mendedahkan asas perniagaan digital kepada masyarakat umum sekali gus menyarankan para peniaga atau usahawan di luar sana untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka. Dalam masa sama, panel juga turut menghebahkan kepada semua tentang kewujudan pusat ekonomi digital untuk membimbing dan memberi khidmat nasihat dalam usaha untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka ke peringkat e-dagang. Program juga memberi serba sedikit info tentang jenis-jenis perniagaan dan cara untuk mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pejabat Daerah jika perniagaan dijalankan di sarawak. Pada akhir perkongsian, panel juga membincangkan ikon usahawan digital yang telah berjaya menggunakan platform digital dalam memasarkan produk mereka.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program
1. Peserta mengetahui akan konsep validasi idea dalam menentukan penghasilan sesuatu produk perniagaan.
2. Peserta mampu mengenalpasti kriteria unique selling proposition bagi membuat perbandingan antara produk mereka dan yang lain.
3. Peserta tahu jenis-jenis perniagaan dan cara mendaftarkan perniagaan di SSM dan PBT.
4. Peserta mengetahui kelebihan dan peluang yang diperolehi jika mereka mendigitalisasikan perniagaan mereka.
5. Sebagai pengetahuan umum, peserta juga mengenali beberapa ikon usahawan digital yang telah berjaya menggunakan platform digital untuk memasarkan produk mereka
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: