Advokasi KDB (Google Interland Games)

18 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad - 17 April 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan aktiviti advokasi klik dengan bijak dengan menggunakan platform permainan secara dalam talian iaitu google interland games. Objektif aktiviti adalah untuk mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dengan berteraskan tiga elemen penting iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Justeru, permainan ini memerlukan peserta untuk berfikir berdasarkan fakta yang ada dan membuat keputusan dengan betul agar tidak salah langkah dan seterusnya gagal menghabiskan permainan. Seramai 3 orang peserta yang telah berjaya mengikuti aktiviti. Antara permainan yang dimainkan adalah seperti permainan Tower of Tressure yang menuntuk peserta untuk sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan segala rahsia termasuk data peribadi dan kata kunci keselamatan dijaga dengan selamat. Seterusnya, peserta dibawa untuk bermain kind kindom yang mendidik peserta untuk menghormati pengguna internet yang lain dengan menunjukkan nilai murni sesama sendiri serta melaporkan tindakan pengguna lain yang dipercayai berkaitan dengan buli siber kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali