Advokasi Klik dengan Bijak – Penipuan Kewangan

24 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 23 April 2022, PEDi Batu Gong telah dijemput oleh PEDi Lubok Antu untuk berkongsi dengan komuniti tentang advokasi klik dengan bijak iaitu penipuan kewangan semasa program PEDi Lubok Antu bersama usahawan. Program merupakan inisiatif yang diambil oleh PEDi Lubok Antu untuk membantu para usahawan mendaftar geran pendigitalan perniagaan PKS. Seramai 10 orang peserta telah menyertai program yang dilaksanakan secara dalam talian menggunakan aplikasi google meet selama sejam bermula jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Advokasi klik dengan bijak iaitu memfokuskan kepada penipuan kewangan telah dikongsi dengan peserta untuk memberikan kesedaran berkaitan sindiket penipuan kewangan yang berleluasa pada masa kini khusunya jika kita terlibat dengan urusan dan tansaksi secara dalam talian. Selain itu, penggunaan internet dengan bijak perlu diselarikan dengan tiga elemen penting yang harus ditanam pada diri pengguna iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Hal ini perlu untuk mengelakkan diri kita diperdaya oleh sindiket.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali