Kursus TTT- Open Broadcaster Software (OBS) Assistant Manager
13 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2022 yang lepas, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Batu Gong telah menghadiri kursus Train the Trainer Open Broadcaster Software (OBS). Tenaga pengajar bagi kursus tersebut ialah pengurus PEDi Semenyih iaitu Encik Anwar Bin Maso’od. Latihan ini dijalankan bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Sesi yang berjalan sepanjang hari itu telah berlangsung menerusi aplikasi Google Meet dan merangkumi semua penolong pengurus PEDi di bawah seliaan NERA.
Antara perkongsian yang dikongsikan ialah asas penggunaan perisian OBS iaitu perisian yang banyak digunakan pada masa kini bagi tujuan screen recording secara live bagi memudahkan kita untuk melakukan streaming atau pembentangan dengan menarik, kemas dan teratur. Ini meliputi pengajaran bagi setiap komponen dan simbol yang ada di dalam sistem OBS termasukkan tatacara untuk penggunaan green screen, scene, source, penggunaan virtual camera, membuat sambungan OBS ke Google Meet dan pelbagai lagi.
Turut dikongsikan ialah aplikasi-aplikasi yang harus dimuatnaik bagi mempertingkatkan persembahan seperti Scrcpy, Mal Checker, Audio Monitor dan VB Cable. Tiga peranan penting yang mesti ada sebagai penyampai iaitu isi kandungan, visual, dan audio turut dikongsikan oleh Encik Anwar. Diharap perkongsian seperti ini dapat dimanfaatkan oleh setiap peserta disamping dapat meningkatkan kemahiran petugas PEDi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: