Kursus Keusahawanan Kraftangan Manik

27 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 26 Mac 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan Kursus Keusahawanan Kraftangan Manik dengan kerjasama Menarik di Serian & Tebedu. Kursus menampilkan usahawan dari PMY Collection iaitu En. Mike dan Pn. Priscilla untuk berkongsi kepada peserta cara pembuatan rantai bidayuh berasaskan manik. Kursus dilaksanakan selama 6 jam bermula pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Objektif kursus adalah untuk mendedahkan kepada peserta akan konsep dan cara pembuatan rantai bidayuh berasaskan manik. Seramai 5 orang peserta telah berjaya mengikuti kursus dan telah diberikan sijil penyertaan. Antara pengisian yang dikongsi sepanjang kursus adalah peserta diberikan taklimat berkaitan pengenalan Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong dan fungsinya kepada komuniti. Setelah itu, penyelia bertugas mengambil kesempatan yang ada untuk memberikan taklimat advokasi klik dengan bijak iaitu modul pengurusan risiko dalam talian. Manakala untuk pembuatan manik, peserta telah didedahkan dengan cara memasang kit pembuatan rantai bidayuh. Promosi dan jualan lansung juga dibuka pada hari tersebut untuk memberi laluan kepada peserta mendapatkan stok manik yang diminati.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali