Kelas Lanjutan Microsoft Publisher
22 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada Ahad - 21 Ogos 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas lanjutan Microsoft Publisher untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft Publisher dalam menghasilkan tugasan. Kelas merupakan lanjutan daripada Kelas Pemerkasaan ICT yang dilaksanakan pada bulai Mei dan Jun yang lalu dan dikhaskan kepada peserta yang tidak dapat menghadiri program tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh empat (4) orang peserta. Terlebih dahulu, peserta didedahkan dengan beberapa elemen yang terdapat di Ms. Publisher seperti tab ribbon, quick access tools dan backstages view. Seterusnya, para peserta dikongsikan dengan fungsi ruler dan guideline yang terdapat di Ms. Publisher. Para peserta juga telah diajarkan dengan 3 asas mengoperasikan publisher seperti memasukkan dan mengubahsuai format teks, bentuk serta gambar. Dalam masa sama, mereka dibawa untuk menghasilkan poster perniagaan yang telah disediakan sebagai latihan kepada mereka agar apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam bentuk penghasilan sesuatu tugasan menggunakan Ms. Publisher.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan Microsoft Publisher dengan baik.
- Peserta mengetahui asas pengoperasian Microsoft Publisher.
- Peserta dikongsi dengan cara untuk menentukan kedudukan dan jarak antara sesuatu teks dan bentuk dengan menggunakan guidelines ruler .
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan beberapa latihan berasaskan pubisher secara praktikal menggunakan perisian tersebut
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: