Program Pengenalan Asas ICT Siri 03.2022

29 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 28 May 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan Program Pengenalan Asas ICT siri 2.2022 yang berobjektif untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft excel dalam menghasilkan tugasan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh tujuh (7) orang peserta yang terdiri daripada belia yang menetap di PPR Batu Gong. Program merupakan hasil kerjasama KRT dan PEDi PPR Batu Gong bagi membantu para belia meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Terlebih dahulu peserta didedahkan dengan beberapa elemen asas yang terdapat di Ms. Excel seperti tab ribbon, quick access tools dan backstages view. Seterusnya, para peserta dikongsikan dengan cara mengenalpasti kedudukan cell dalam excel dan mengoperasikan excel. Para peserta juga telah diajarkan asas untuk mengubahsuai ketinggian column dan row, memasukkan column dan row baru, menyatukan cell dan membuat format nombor untuk kandungan cell. Dalam masa sama, mereka dibawa untuk menambah worksheet dalam excel yang sama tanpa perlu membuat dokumen baru.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali