Kelas Pemerkasaan ICT (Ms. Power Point)
30 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada Ahad - 29 May 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan Kelas Pemerkasaan ICT Siri 2 Kumpulan 2 yang berobjektif untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft power. point dalam menghasilkan tugasan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh tiga (3) orang peserta yang terdiri daripada belia yang menetap di PPR Batu Gong. Terlebih dahulu peserta didedahkan dengan beberapa elemen pentig yang terdapat di Ms. Power Point seperti tab ribbon, quick access tools dan backstage view. Seterusnya, para peserta diajarkan asas untuk membuka slaid baru dan memasukkan gambar serta teks ke dalam slaid pembentangan. Sesuai dengan fungsinya untuk menyediakan pembentangan yang interaktif, peserta diajak untuk memasukkan graf berkembar dan smart arts untuk melengkapkan sesi pembelajaran. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan fungsi transisi dan animasi yang terdapat di power point. Sebagai tugasan akhir, peserta dibimbing secara praktikal untuk menghasilkan satu pembentangan yang interaktif menggunakan Ms. Power point.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan Microsoft power point dengan baik.
- Peserta mengetahui asas pengoperasian Microsoft Power Point
- Peserta dikongsi dengan cara untuk mencari dan memuatnaik gambar dengan betul dan memasukkan teks serta bahan interaktif lain ke dalam pembentangan slaid.
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan slaid pembentangan yang interaktif secara praktikal menggunakan Microsoft P. Point.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: