Majlis Penangguhan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyampaian Sijil Program Pengenalan Asas ICT

2 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 1 Oktober 2022, PEDi Batu Gong telah mengadakan majlis penangguhan sambutan bulan kemerdekaan dan penyampaian sijil program pengenalan asas ICT yang berlansung pada bulan jun dan julai lepas. Majlis telah dihadiri oleh peserta program pengenalan asas ICT, ibu bapa dan wakil daripada Kawasan Rukun Tetangga PPR Batu Gong. Majlis dimulakan dengan pendaftaran ahli PEDi baru secara percuma yang merupakan inisiatif pihak PEDi PPR Batu Gong dengan Kawasan Rukun Tetangga PPR Batu Gong untuk mendedahkan peserta Program dengan Asas ICT dan komputer. Pendaftaran ini membolehkan peserta untuk mengikuti kelas ICT yang dianjurkan di PEDi PPR Batu Gong. Seterusnya, peserta diuji dengan menjawab kuiz asas ICT untuk menguji tahap pengetahuan mereka untuk mengoperasikan Microsoft Office package melalui beberapa soalan yang diolah berdasarkan modul yang telah dipelajari. Majlis diteruskan dengan menghormati lagu kebangsaan dan menyanyikan lagu patriotik malaysia sebagai simbolik penangguhan sambutan bulan kemerdekaan. Akhir sekali, pihak PEDi memperlawa wakil daripada KRT untuk menyampaikan hadiah pertandingan kuiz dan penyampaian sijil program pengenalan asas ICT kepada peserta.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali