Kelas Asas Shopee

4 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 03 September 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas asas shopee kepada seorang peserta yang merupakan usahawan pengusaha makanan dan pakaian. Beliau yang menetap di PPR Batu Gong mula bergiat aktif dalam bidang keusahawanan sejak tahun 2020 semasa penularan COVID-19. Kelas bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan perniagaan secara digital. Terlebih dahulu peserta dikongsi mengenai latar belakang shopee dan pencapaiannya. Seterusnya, peserta ditugaskan untuk membuka akaun shopee sedia ada melalui komputer untuk memudahkan proses pendaftaran sebagai penjual di shopee seller center. Dalam masa sama, peserta didedahkan dengan aplikasi dalam talian untuk penyuntingan gambar seperti canva dan poster wall. Kelas diteruskan dengan membantu peserta untuk menyediakan kedai, dekorasi dan mengemaskini kedai secara maya itu. Akhir sekali peserta diajar untuk memuatnaik produk di kedainya dengan membuat ayat copy writing yang menarik.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali