Kelas Lanjutan Microsoft Power Point
7 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu - 6 Ogos 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas lanjutan Microsoft Power Point untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft Power Point dalam menghasilkan tugasan. Kelas merupakan lanjutan daripada Kelas Pemerkasaan ICT yang dilaksanakan pada bulai Mei dan Jun yang lalu dan dikhaskan kepada peserta yang tidak dapat menghadiri program tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh enam (6) orang peserta. Terlebih dahulu, peserta didedahkan dengan beberapa elemen yang terdapat di Ms. Power Point seperti tab ribbon yang digunakan untuk mengoperasikan power point, quick access tools dan backstage view bagi proses menyimpan dokumen yang telah siap. Para peserta juga telah diajarkan asas teks dan format teks, memasukkan gambar dan mengedit gambar, memasukkan graf berkembar dan word art. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan fungsi transisi dan animasi yang terdapat di power point. Sebagai tugasan akhir, peserta dibimbing secara praktikal untuk menghasilkan satu pembentangan yang interaktif menggunakan Ms. Power point.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan Microsoft power point dengan baik.
- Peserta mengetahui asas pengoperasian Microsoft Power Point.
- Peserta dikongsi dengan cara untuk mencari dan memuatnaik gambar dengan betul dan memasukkan teks serta bahan interaktif lain ke dalam pembentangan slaid.
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan slaid pembentangan yang interaktif secara praktikal menggunakan Microsoft P. Point
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: