Kelas Lanjutan Microsoft Power Excel
14 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu - 13 Ogos 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas lanjutan Microsoft Excel untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft Excel dalam menghasilkan tugasan. Kelas merupakan lanjutan daripada Kelas Pemerkasaan ICT yang dilaksanakan pada bulai Mei dan Jun yang lalu dan dikhaskan kepada peserta yang tidak dapat menghadiri program tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh tiga (3) orang peserta.
Terlebih dahulu peserta didedahkan dengan beberapa elemen asas yang terdapat di Ms. Excel seperti tab ribbon, quick access tools dan backstages view. Seterusnya, para peserta dikongsikan dengan cara mengenalpasti kedudukan cell dalam excel dan mengoperasikan excel. Para peserta juga telah diajarkan asas untuk mengubahsuai ketinggian column dan row, memasukkan column dan row baru, menyatukan cell dan membuat format nombor untuk kandungan cell. Dalam masa sama, mereka dibawa untuk menambah worksheet dalam excel yang sama tanpa perlu membuat dokumen baru. Antara latihan yang dibuat adalah untuk membuat jadual, menghasilkan invoice dan rekod jualan.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan Microsoft Excel dengan baik.
- Peserta mengetahui asas pengoperasian Microsoft Excel.
- Peserta dikongsi dengan cara untuk mengenalpasti kedudukan cell dan mempelajar cara untuk menyebutnya dengan betul.
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan beberapa latihan berasaskan excel secara praktikal menggunakan Microsoft Excel
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: