Kursus Keusahawanan Dalam Talian Sesi Julai 2022

13 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 12 September 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kursus keusahawanan dalam talian yang dihadiri seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di Giatmara Mambong ( Jahitan Pakaian & Fesyen). Kursus bertujuan untuk memdedahkan peserta dengan perniagaan secara dalam talian. Terlebih dahulu peserta dikongsi berkaitan pengenalan PEDi PPR Batu Gong dan Advokasi Klik dengan Bijak iaitu siber buli di atas talian. Seterusnya peserta didedahkan dengan modul asas penubuhan syarikat dan pembangunan profil syarikat. Dalam modul ini, peserta didedahkan dengan agensi terlibat yang menguruskan pendaftaran syarikat serta berkongsi dengan peserta berkaitan penghasilan logo dan kad perniagaan.

Dalam masa sama, mereka dibimbing secara amali untuk menghasilkan logo dan kad perniagaan menggunakan Aplikasi Canva. Pada sebelah petang pula, peserta dikongsi dengan modul seterusnya iaitu strategi pemasaran. Dalam modul ini, peserta dikongsi dengan beberapa teknik pemasaran seperti soft sells, hard sells dan teaser.Untuk aktiviti selingan, peserta diajak untuk menghasilkan penulisan copywriting yang mengandungi 7 elemen asas copywriting seperti headline, body, testimoni, offer, urgency, warranty dan call to action menggunakan Ms. Word.

Untuk modul kaedah pemasaran pendigitalan pula, mereka dikehendaki untuk menghasilkan laman rasmi perniagaan menggunakan pages di Facebook.Tidak lupa juga, peserta dikongsi mengenai latar belakang shopee dan pencapaiannya. Seterusnya, peserta ditugaskan untuk membuka akaun shopee sedia ada melalui komputer untuk memudahkan proses pendaftaran sebagai penjual di shopee seller center. Tidak lupa juga, peserta dikongsi mengenai latar belakang shopee dan pencapaiannya. Seterusnya, peserta ditugaskan untuk membuka akaun shopee sedia ada melalui komputer untuk memudahkan proses pendaftaran sebagai penjual di shopee seller center.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali