Program Advokasi Mencegah Kebakaran & Teknik Serta Penggunaan Alat Pemadam Api Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

23 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Program advokasi ini dibuat melibatkan beberapa orang peserta yang terdiri daripada warga komuniti Kg Pasir Pandak dan Kg Pasir Panjang. Program tersebut dilakukan di Dewan Masyarakat Kg Pasir Pandak. Program bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1100 AM. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti Kg Pasir Pandak dan Kg Pasir Panjang khasnya mengenai cara mencegah kebakaran dengan pantas serta cekap. Selain itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bahagian Petra Jaya turut berkongsi ilmu mengenai teknik serta penggunaan alat pemadam api yang betul.

Antara pengisian lain yang turut dimuatkan dalam program ini juga ialah pendedahan info mengenai punca-punca kebakaran berlaku dan juga sesi soal jawab bagi menguji minda para peserta. Terdapat juga demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan cara memadam api kebakaran dilakukan di kawasan lapang berhadapan dengan Dewan Masyarakat Kg Pasir Pandak. Program ini dianjurkan bersama-sama dengan PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Bt Gong dan PEDi PPR Taman Malihah. Kelebihan program ini ialah para peserta mendapat pengetahuan atau ilmu mengenai cara mencegah kebakaran dengan cepat khasnya di kawasan kampung yang rata-ratanya terletak sangat berdekatan antara satu sama lain dan juga mempunyai kemahiran asas atau teknik menggunakan alat pemadam api yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali