Kelas Pengenalan Kepada Gmail

30 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada sabtu 29 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas pengenalan kepada gmail secara individu dengan seorang pelajar sekolah menengah kebangsaan siburan. Kelas berlansung selama 1 jam dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Objektif kelas adalah untuk berkongsi dengan peserta untuk memanfaatkan penggunaan akaun gmail dalam dunia digital. Gmail merupakan surat elektronik atau lebih dikenali sebagai e-mail untuk memudahkan manusia untuk berhubung dengan kenalan di serata dunia.

Selain itu, e-mail ini juga digunakan untuk menghantar lampiran dalam bentuk gambar, dokumen dan video. Untuk kelas pada kali ini, peserta dibawa untuk membuka akaun gmail baharu yang rasmi untuk kegunaan beliau. Seterusnya, peserta didedahkan dengan cara menghantar e-mail atau pesanan melalui gmail dengan memasukkan alamat gmail orang lain dan menaip isi surat tersebut. Dalam masa sama, peserta juga dikongsi dengan cara untuk memasukkan lampiran dalam bentuk dokumen, gambar dan video ke dalam pesanan email td. Akhir sekali, peserta perlu menekan butang hantar untuk menghantar email tersebut.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali