Taklimat Etika dan Keselamatan Penggunaan Internet
7 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada Rabu – 06 Julai 2022, PEDi Batu Gong telah dijemput oleh Giatmara Mambong untuk menyampaikan taklimat bertemakan etika dan keselamatan penggunaan internet sempena Minggu Mesra Pelatih Giatmara Mambong. Turut serta untuk menjayakan program adalah PEDi Lubok Antu dan PEDi Braang Bayur. Objektif program adalah untuk mendedahkan peserta dengan risiko dan ancaman yang mungkin dihadapi semasa kita bermain atau menggunakan aplikasi digital secara dalam talian serta cara mengatasi dan menguruskan masalah tersebut berteraskan tiga asas asas seperti keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Seramai 39 orang peserta telah berjaya mengikuti program yang dilaksanakan secara bersemuka tersebut. Sebagai aktiviti selingan, peserta dibawa untuk bermain kuiz keselamatan internet menggunakan aplikasi secara dalam talian iaitu kahoot.com.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mengetahui risiko yang dihadapi semasa berada dalam talian.
- Peserta dikongsi dengan cara mengatasi/menangani risiko tersebut.
- Peserta diberikan tips untuk membuat kata laluan kukuh.
- Peserta dinasihatkan agar sentiasa menitikberatkan tiga elemen penting semasa menggunakan internet seperti keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: