Kursus Keusahawanan Dalam Talian Siri 1.2022

5 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 04 Julai 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kursus keusahawanan dalam talian yang dihadiri seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di Giatmara Mambong. Kursus bertujuan untuk memdedahkan peserta dengan perniagaan secara dalam talian. Terlebih dahulu peserta dikongsi berkaitan pengenalan PEDi PPR Batu Gong dan Advokasi Klik dengan Bijak iaitu penipuan kewangan. Seterusnya peserta didedahkan dengan modul asas penubuhan syarikat dan pembangunan profil syarikat.

Dalam modul ini, peserta didedahkan dengan agensi terlibat yang menguruskan pendaftaran syarikat serta berkongsi dengan peserta berkaitan penghasilan logo dan kad perniagaan. Dalam masa sama, mereka dibimbing secara amali untuk menghasilkan logo dan kad perniagaan menggunakan Microsoft Power Point. Pada sebelah petang pula, peserta dikongsi dengan modul seterusnya iaitu asas pengurusan syarikat yang menerangkan maklumat penting berkaitan sumber manusia seperti gaji, cuti, pengurusan premis, stok, pelanggan dan juga perolehan. Selain itu, peserta juga dikongsikan dengan asas pengurusan kewangan yang disampaikan oleh Cik Julia, penyelia jemputan dari PEDi Lubok Antu secara dalam talian menggunakan aplikasi google meet. Cik Julia berkongsi serba sedikit pengetahuan untuk membuat rekod jualan menggunakan Ms. Excel.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali