Kursus Keusahawanan Dalam Talian Siri 2.2022
6 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada Selasa – 05 Julai 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kursus keusahawanan dalam talian yang dihadiri seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di Giatmara Mambong. Kursus bertujuan untuk memdedahkan peserta dengan perniagaan secara dalam talian. Pada hari ke-2 terlebih dahulu peserta dikongsi berkaitan kempen Advokasi Klik dengan Bijak iaitu buli siber. Seterusnya peserta didedahkan dengan modul seterusnya iaitu strategi pemasaran. Dalam modul ini, peserta dikongsi dengan beberapa teknik pemasaran seperti soft sells, hard sells dan teaser.
Untuk aktiviti selingan, peserta diajak untuk menghasilkan penulisan copywriting yang mengandungi 7 elemen asas copywriting seperti headline, body, testimoni, offer, urgency, warranty dan call to action menggunakan Ms. Word. Untuk modul kaedah pemasaran pendigitalan pula, mereka dikehendaki untuk menghasilkan laman rasmi perniagaan menggunakan pages di Facebook, Akaun baru melalui Instagram dan Akaun Seller melalui Shopee Seller Center. Pada sebelah petang pula, peserta dikongsi dengan modul seterusnya iaitu asas pembinaan website menggunakan aplikasi wix.com secara dalam talian. Website yang dihasilkan perlulah mempunyai ciri-ciri seperti laman home, product, about dan contact us.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mengetahui kebaikan dan keburukan buli siber.
- Peserta dikongsi dengan strategi pemasaran dan asas copywriting.
- Peserta didedahkan dengan teknik pemasaran dan kaedah pemasaran secara digital.
- Peserta dibimbing untuk membina website menerusi aplikasi wixsite.com
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: