Kelas ICT (Asas Microsoft Word)
19 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada Isnin - 18 April 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas ICT yang berobjektif untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft Word dalam menghasilkan tugasan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh tiga (3) orang peserta. Terlebih dahulu, peserta didedahkan dengan beberapa elemen yang terdapat di Ms. Word seperti tab ribbon yang digunakan untuk mengoperasikan word, quick access tools dan backstage view bagi proses menyimpan dokumen yang telah siap. Para peserta juga telah diajarkan asas teks dan format teks. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan fungsi pencarian gambar menggunakan google chrome dan memasukkan gambar ke dalam word tadi. Sebagai tugasan akhir, peserta dibimbing untuk menghasilkan dokumen berkaitan Pakaian tradisional di Malaysia.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan microsoft word.
- Peserta mengetahui asas pengoperasian microsoft word.
- Peserta dikongsi dengan cara untuk mencari dan menyimpan gambar dengan betul menggunakan fungsi carian google.
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan tugasan secara hands on menggunakan microsoft word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: