Program Klik Dengan Bijak - Online Grooming

29 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 28 Januari 2022, PEDi Batu Gong telah bekerjasama dengan PEDi Lubok Antu, PEDi Engkilili dan PEDi Melugu untuk melaksanakan Program Klik Dengan Bijak iaitu Online Grooming secara atas talian di Facebook Page rasmi PEDi Lubok Antu menggunakan aplikasi streamyard. Program yang berlangsung dari pukul 15:00 petang hingga 16:00 petang. Objektif program ini adalah bagi menerapkan kesedaran terhadap isu pengantunan kanak-kanak dalam kalangan komuniti.

Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan taktik dan cara memilih mangsa yang biasa digunakan oleh pemangsa. Peserta juga dijelaskan dengan tanda-tanda yang terdapat pada kanak-kanak yang menjadi mangsa pengantunan dan contoh perbuatan pengantunan atas talian. Di samping itu, peserta telah diterangkan dengan jenayah sexting dan kesannya terhadap mangsa. Tambahan pula, Ibu Bapa dan Penjaga juga dijelaskan dengan peranan dan tindakan yang perlu diambil bagi mencegah masalah pengantunan kanak-kanak.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali