Kelas Asas Ms. Power Point

8 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu - 07 May 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas ICT yang berobjektif untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft Power Point dalam menghasilkan tugasan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh seorang (1) peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Terlebih dahulu, peserta didedahkan dengan beberapa elemen yang terdapat di Ms. Power point seperti tab ribbon yang digunakan untuk mengoperasikan power point, quick access tools yang digunakan untuk membuat semula dan menjadikan dokumen yang telah dikemaskini menjadi asal serta menyimpan dokumen yang dikemaskini.

Begitu juga, peserta dibawa untuk meneliti butang yang terdapat di paparan backstage view yang sering digunakan seperti membuka dokumen, menyimpan dokumen sebagai format lain serta berkongsi dokumen dengan orang lain. Para peserta juga telah diajarkan asas teks dan format teks di Ms. Power Point. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan fungsi pencarian gambar menggunakan google chrome dan memasukkan gambar ke dalam Ms. Power Point tadi. Sebagai tugasan akhir, peserta dibimbing untuk menghasilkan dokumen berkaitan Pakaian tradisional di Malaysia.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali