Kelas Asas Surat Rasmi
5 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada Ahad – 4 Disember 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas ICT iaitu asas surat rasmi untuk mendedahkan peserta dengan cara penghasilan surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh dua (2) orang peserta yang masing-masing berumur 10 dan 11 tahun. Terlebih dahulu, peserta dibawa untuk mengulangkaji modul asas microsoft word yang telah dipelajari menggunakan aplikasi berasaskan permainan interaktif kahoot.com.
Pemahaman peserta dapat diukur melalui keseluruhan jawapan yang betul melalui permainan ini. Seterusnya, mereka diperkenalkan dengan cara penghasilan surat rasmi menggunakan microsoft word. Peserta dikongsi dengan format menghasilkan surat rasmi dan sebagai latihan, peserta dibawa untuk menghasilkan surat tidak hadir sesi persekolahan.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta dapat mengukur tahap pemahaman asas microsoft word melalui permainan interaktif kahoot.
- Peserta mempelajari cara menghasilkan surat rasmi menggunakan microsoft word.
- Peserta dikongsi dengan tips dan teknik menghasilkan surat rasmi tidak hadir sesi persekolahan.
- Peserta mengetahui format penghasilan surat rasmi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: