Kursus Keusahawanan Dalam Talian Sesi Julai 2022
14 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada Selasa - 13 September 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kursus keusahawanan dalam talian yang dihadiri seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di Giatmara Mambong (Teknologi Automotif). Kursus bertujuan untuk memdedahkan peserta dengan perniagaan secara dalam talian. Terlebih dahulu peserta dikongsi berkaitan pengenalan PEDi PPR Batu Gong dan Advokasi Klik dengan Bijak iaitu siber buli di atas talian. Seterusnya peserta didedahkan dengan modul asas penubuhan syarikat dan pembangunan profil syarikat.
Dalam modul ini, peserta didedahkan dengan agensi terlibat yang menguruskan pendaftaran syarikat serta berkongsi dengan peserta berkaitan penghasilan logo dan kad perniagaan. Dalam masa sama, mereka dibimbing secara amali untuk menghasilkan logo dan kad perniagaan menggunakan Aplikasi Canva. Pada sebelah petang pula, peserta dikongsi dengan modul seterusnya iaitu strategi pemasaran. Dalam modul ini, peserta dikongsi dengan beberapa teknik pemasaran seperti soft sells, hard sells dan teaser.Untuk aktiviti selingan, peserta diajak untuk menghasilkan penulisan copywriting yang mengandungi 7 elemen asas copywriting seperti headline, body, testimoni, offer, urgency, warranty dan call to action menggunakan Ms. Word. Untuk modul kaedah pemasaran pendigitalan pula, mereka dikehendaki untuk menghasilkan laman rasmi perniagaan menggunakan pages di Facebook.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mengetahui kebaikan dan keburukan buli siber.
- Peserta didedahkan dengan asas penubuhan dan pembangunan profil syarikat.
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan logo dan kad perniagaan menggunakan Aplikasi Canva.
- Peserta dikongsi dengan strategi pemasaran dan copywritting.
- Peserta didedahkan dengan teknik pemasaran dan kaedah pemasaran secara digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: