Kelas Asas Ms. Word
2 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada Selasa – 1 November 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas Asas ICT untuk mendedahkan peserta dengan komponen komputer dan cara pengoperasian Microsoft Word. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh dua (2) orang peserta yang masing-masing berumur 10 dan 11 tahun. Terlebih dahulu, peserta diperkenalkan dengan komponen komputer dan fungsinya sebagai satu kumpulan entiti untuk mengoperasikan sepenuhnya komputer.
Seterusnya, mereka dibiasakan untuk menaip menggunakan papan kekunci bagi melatih mereka untuk mengenal kedudukan sesebuah huruf dan nombor di papan kekunci. Seterusnya, peserta dikongsi dengan cara menggunakan tab ribbon home untuk mengubah dan mengoperasikan teks. Hal ini termasuklah mengubah jenis tulisan, saiz tulisan dan penggunaan fungsi bold, italic dan underline. Dalam masa sama, peserta juga dibimbing untuk menggunakan bullet dan numering jika membuat sesuatu ayat yang ingin ditonjolkan agar senang difahami. Akhir sekali, mereka juga didedahkan dengan format alignment dan paragraph spacing untuk mengikuti standard penulisan menggunakan Ms. Word.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mengenal komponen yang membentuk komputer.
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan microsoft word.
- Peserta mengetahui asas pengoperasian microsoft word.
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan tugasan secara hands on menggunakan microsoft word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: