Kelas Individu Asas Ms. Excel
12 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada Rabu – 11 Januari 2023, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas Individu Asas Microsoft Excel untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft Excel dalam menghasilkan tugasan. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 09.00 pagi hingga 11.00 pagi yang dihadiri oleh seorang (1) peserta yang merupakan komuniti PPR Batu Gong.
Terlebih dahulu peserta didedahkan dengan beberapa elemen asas yang terdapat di Ms. Excel seperti tab ribbon, quick access tools dan backstages view. Seterusnya, para peserta dikongsikan dengan cara mengenalpasti kedudukan cell dalam excel dan mengoperasikan excel. Para peserta juga telah diajarkan asas untuk mengubahsuai ketinggian column dan row, memasukkan column dan row baru, menyatukan cell dan membuat format nombor untuk kandungan cell. Dalam masa sama, mereka dibawa untuk menambah worksheet dalam excel yang sama tanpa perlu membuat dokumen baru. Antara latihan yang dibuat adalah untuk membuat jadual, menghasilkan invoice dan rekod jualan.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan Microsoft Excel dengan baik.
- Peserta mengetahui asas pengoperasian Microsoft Excel.
- Peserta dikongsi dengan cara untuk mengenalpasti kedudukan cell dan mempelajar cara untuk menyebutnya dengan betul.
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan beberapa latihan berasaskan excel secara praktikal menggunakan Microsoft Excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: