Kelas ICT Asas Ms. Power Point
13 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada Ahad - 12 Februari 2023, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas ICT iaitu Asas Microsoft Excel untuk mendedahkan peserta dengan cara pengoperasian Microsoft Excel. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2:00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh dua (2) orang peserta yang merupakan komuniti PPR Batu Gong. Terlebih dahulu, peserta diperkenalkan dengan microsoft excel dan kegunaannya untuk merekod, mengedit, menganalisis dan meringkaskan sesuatu data. Seterusnya, peserta dikongsikan dengan cara mengoperasikan microsoft excel. Untuk latihan pula, peserta dibimbing untuk menghasilkan beberapa templet invoice jualan. Dalam masa sama, peserta dikongsi dengan cara mengaplikasikan formula ke dalam microsoft excel untuk menyimpulkan sesuatu data yang dibuat. Di akhir kelas, majlis penyerahan sijil dijalankan memandangkan peserta telah berjaya menghabiskan modul asas microsoft office package.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mengenal apa itu microsoft excel.
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan microsoft excel.
- Peserta mengetahui asas pengoperasian microsoft excel.
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan tugasan secara hands on menggunakan microsoft excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: